Wednesday, 10 November 2010

DIET & AMALAN PEMAKANAN RASULULLAH


Rasullulah tidak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau saya dan anda Berjaya mengikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING

  • Jangan makan DAGING bersama IKAN

  • Jangan makan IKAN bersama SUSU

  • Jangan makan AYAM bersama SUSU

  • Jangan makan IKAN bersama TELUR

  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

  • Jangan makan SUSU bersama CUKA

  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

Kaedah Pemakanan Yang Betul Menurut Rasulullah:-
  • Jangan makan buah setelah makan nasi,sebaliknya makanlah buah dahulu sebelum menjamah nasi

  • Tidur satu jam setelah makan tengahari

  • Jangan sesekali meninggalkan makan malam kerana sesiapa yang tidak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol di dalam badan akan berganda

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:-
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)


- ANDA BUAT, ANDA DAPAT-

Tuesday, 3 August 2010

BOLA SEPAK MALAYSIA TAK KEMANA???

Kemenangan skuad bolasepak remaja negara ke atas Skuad bolasepak bawah 2o tahun Korea baru-baru ini tidak mencerminkan kebangkitan sebenar pada asasnya. Memang tidak dinafikan, kemenangan tersebut merupakan moral yang cukup penting untuk para pemain, tetapi disebalik kemenangan tersebut masih banyak kelemahan yang ketara pada skuad berkenaan. Jika dilihat dari segi sejarah, Malaysia memang mempunyai pemain yang berkualiti terutama di zaman kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari namun sejak akhir-akhir ini tiada seorang pun yang mampu menandingi kehebatan "Supermokh" walaupun bolasepak Malaysia melangkah ke alam Professional.. Hakikatnya, pengurusan bola sepak negara masih belum berada pada tahap professional untuk melahirkan pemain yang benar-benar berkualiti yang boleh melonjakkan semula kebangkitan skuad negara di arena antarabangsa. Rentetan dari siri kegagalan yang dialami, tinta ini terpanggil untuk memberikan beberapa komen dan cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan. Antaranya:-

Komen 1 : FAM perlu mengkaji semula dasar pengharaman pemain import di negara ini kerana dasar ini secara tidak langsung telah memberi kesan buruk kepada pemain tempatan.

Hujah : Pemain tempatan tidak dapat menimba pengalaman baru dari pemain-pemain luar kerana prestasi pemain tempatan sedia ada tidak banyak memberi impak kepada bolasepak negara. Negara-negara seperti Korea dan Jepun masih membuka pintu kepada pemain import sedangkan pemain tempatan mereka lebih gah berbanding pemain yang ada di negara ini.

Komen 2 : Pemain yang ada di negara dilahirkan melalui Liga Super adalah pemain yang sama pada setiap musim. Pemain hanya bertukar jersi sahaja bila musim baru bermula sedangkan pemain tersebut langsung tidak menunjukkan peningkatan pada musim-musim sebelumnya.

Hujah : FAM perlu menetapkan tempoh masa bagi seseorang pemain contohnya kontrak selama 5 tahun untuk dinilai prestasi. Jika dalam tempoh berkenaan pemain tersebut gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, pemain tersebut perlu berehat untuk musim berikutnya.

Komen 3 : FAM gagal menarik minat pemain yang berpotensi untuk menjadikan karier sebagai pemain bolasepak profesional sebagai satu industri.

Hujah : Ramai pemain berbakat masih bertebaran di bumi Malaysia. Bahkan tidak, jika FAM betul-betul menjelajah untuk melihat potensi pemain terutamanya di kalangan penjawat awam, pelaja Universiti dan sebagainya. Yang menjadi penghalang..adakah mereka-mereka yang berbakat ini sanggup meninggalkan kerja semata-mata bermain bolasepak yang paling kurang hanya setakat umur 30an untuk bertahan? Disinilah FAM perlu memainkan peranan untuk mencari mekanisme untuk menjadikan bola sepak negara sebagai satu industri berpendapatan tinggi dimana, jika pemain sudah berjaya dan bersara sekalipun..kehidupan mereka masih terjamin.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah FAM!

Tuesday, 13 April 2010

DILEMA HOSPITAL DAN KLINIK PANEL


Dewasa ini, kebajikan perubatan bagi kakitangan awam semakin mendapat perhatian oleh Kerajaan. Pemansuhan bayaran wad bagi kakitangan awam yang dimasukan ke hospital sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini banyak memberi manfaat kepada semua penjawat awam khususnya.
Namun begitu, pernahkah kita terfikir bahawa walaupun kebajikan ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan dan perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan. Jika kita melihat kepada sektor swasta mahupun badan berkanun, kemudahan perubatan seperti "panel clinics" telah memberikan keselesaan bahkan memudahkan pekerja mereka dalam mendapatkan rawatan. Ini berbeza sama sekali dengan kemudahan perubatan bagi kakitangan awam. Bukan niat pena ini untuk mengkritik, bahkan untuk membantah sistem yang dilaksanakan, tetapi hakikatnya perlu ada satu ruang untuk cadangan dan penambahbaikan diambil bagi meningkatkan lagi kemudahan perubatan kepada kakitangan awam.
Sebagai langkah awal, pena ini mencadangkan agar diwujudkan kaunter khas bagi kakitangan awam untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan. Hakikatnya, dengan wujudnya pelbagai program dimana penjawat awam merupakan tunjang utama pelaksanaan lebih-lebih lagi dengan adanya pengenalan Pelan Transformasi Kerajaan, NKRA, dan sebagainya adalah penting bagi penjawat awam itu sendiri memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada tugas-tugas tersebut. Oleh itu, dengan wujudnya kaunter-kaunter khas untuk kakitangan awam di hospital, masa untuk mendapatkan rawatan dapat disingkatkan tanpa perlu menunggu dengan lebih lama sehinggakan ianya boleh menjejaskan masa bertugas penjawat awam itu sendiri. Berbanding dengan amalan sekarang dimana penjawat awam perlu beratur selain berebut-rebut untuk mendapatkan rawatan bersama-sama dengan warga asing, ia langsung tidak menggambarkan apakah sebenarnya kelebihan yang ada pada penjawat awam itu sendiri.
Ironinya, dengan adanya cadangan penambahbaikan seperti ini, diharap pihak-pihak berwajib dapat mengetengahkan isu ini ke peringkat nasional. Pena ini sekadar boleh memberi cadangan, tetapi keputusan akhir adalah di peringkat dasar. Walaubagaimanapun, langkah Kerajaan dalam meningkatkan kemudahan perubatan ini wajar dipuji kerana secara tidak langsung ia dapat memotivasikan lagi penjawat awam dalam meningkatkan mutu kerja ke tahap yang lebih cemerlang.

Tuesday, 5 January 2010

SUSUPAN PETANG DI TEROWONG MENORA

Semalam, perjalanan pulang dari Kedah bersama keluarga betul-betul menyentap jiwa dengan satu peristiwa yang tidak diduga sama sekali. Ketika aku santai memandu dengan kelajuan dalam 60-70kmh menuruni terowong menora berhampiran Jelapang, berdesup anak muda menaiki motor Yamaha 125 dengan gaya rempit memotong kereta yang kami sekeluarga naiki. Sambil berbual dengan isteri di sebelah, terdetik di hati " mamat ni memang tak sayang nyawa" sambil aku menunjukkan gaya pemanduannya ala-ala superman dengan tujahan aerodinamiknya pada isteri disebelah yang sibuk melayan telatah si kecil. Lebih kurang dalam 10 meter dari kereta yang sedang aku pandu, tiba-tiba "boom!" melambung mat rempit berkenaan betul-betul di hadapan mata aku sambil berguling-guling di atas jalan raya akibat terbabas.
Pada masa yang sama, pedal brek kereta yang dipandu telah perlahan-lahan ditekan bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku. Nasib baik aku drive 60-70kmh jer, kalau 100kmh alamatnya arwah la mat rempit ni..tanpa melengahkan masa, aku pun turun untuk membantu mat rempit berkenaan yang pada ketika itu dah mengalami luka seluruh badan dan hampir-hampir pitam. Motorsikalnya sama sekali hancur dihadapan dan kami mengubahnya ke tepi laluan untuk mengelakkan kesesakan dari berlaku yang sudah menampakkan ekornya sehingga ke terowong. Memang mengerikan! itu saja yang boleh disimpulkan dari kejadian semalam. Yang menggelikan hati, sempat lagi aku sound dia "hang ni bawak moto laju sangat, tengok cara corner baring sudah lah tadi" tapi yang syoknya, mat rempit ni tak mengaku pulak yang dia bawak laju...alasan jalan licin?? logik ke, hujan pun tak turun jalan licin..hehehehe...dunia-dunia..jalan juga yang disalahkan .....Apa nak jadi Yop!


Tuesday, 29 December 2009

TAHUKAH ANDA?

1.Tahukah anda dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

2.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

3. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

4. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

5. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

Tuesday, 27 October 2009

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008

Saban tahun kita akan dapat membaca laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan prestasi pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Lazimnya permasalahan yang timbul di Kementerian/Jabatan di dalam menguruskan Kewangan masih berkisar kepada masalah yang sama hampir setiap tahun. Perkara-perkara seperti berbelanja melebihi peruntukan, pengurusan perolehan yang tidak cekap, penguruan aset yang lemah dan tiada pemantauan terhadap aktiviti pembangunan sewajarnya diberi penekanan oleh setiap Ketua Jabatan yang dilantik.
Selaras dengan laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini, pena ini terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkaitan dengan isu-isu yang ditimbulkan di dalam laporan berkenaan. Sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung berkaitan dengan pengurusan kewangan kerajaan, isu-isu yang ditimbulkan di dalam laporan audit 2008 ini sebenarnya merupakan isu-isu yang pernah diketengahkan sebelum ini. Apa yang boleh dipersoalkan, kementerian/Jabatan masih tidak serius dengan teguran terdahulu bahkan masih menjadikan amalan semasa sebagai proses penerimaan di dalam kerja berbanding dengan aturan-aturan yang terkandung di dalam Akta Acara Kewangan 1958. Pada prinsipnya setiap pegawai, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak berkenaan dengan pengurusan kewangan perlu mematuhi setiap arahan yang terkandung di dalam pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Malangnya, keadaan ini semakin buruk dengan berlakunya pelanggaraan prisip kewangan dari segi pulangan faedah pembelian "best value for money", "accountability and transparency" yang digariskan selama ini. Sebagai contoh, pembelian alat-alat untuk kemudahan latihan di IKBN dan ILP yang mana harga pembelian melebihi harga pasaran hampir 800%!
Signifikan kepada masalah ini, kita sebagai pemerhati sepatutnya boleh mencari idea serta mengemukakan inisiatif dalam membantu kerajaan ke arah memantapkan dan mempertingkatkan lagi pengurusan kewangan kerajaan dari masa ke semasa sepertimana yang diharapkan oleh rakyat. Jangan kita hanya menuding jari kepada kerajaan di atas kelemahan pengurusan kewangan yang timbul. Ironinya, sebagai rakyat kita harus mencari jalan bagaimana boleh kita menyumabng sesuatu kepada negara terutamanya dalam konteks kewangan!

Thursday, 22 October 2009

PERADUAN

Sedang aku sibuk dengan tugas rutin pada pagi ini, tiba-tiba aku menerima satu panggilan yang berbunyi " Tahniah encik! encik telah memenangi peraduan anjuran Mutiara, saya dari syarikat Nestle ingin membuat pengesahan no kad pengenalan encik" bunyinya.. Pada mulanya aku x percaya sangat dengan panggilan seperti ini, namun dengan panjang lebar aku bertanya kepada kepada wakil Nestle tersebut, ternyata aku dah memenangi peraduan berkenaan. Tetapi yang kurang sedapnya, aku masih belum tahu apa yang aku menangi..katanya " encik datang dulu, kita akan umumkan pada jam 3.00 petang hari Sabtu".. Bisik hati...kalau setakat menang hamper ajer...x payah la aku nak balik dari Kuala Lumpur...hehehe...Apa pun, Sabtu jam 3.00 petang akan menjadi saksi, apa hadiah itu sebenarnya.....mari kita lihat siapa yang kena!!